Saturday 7 April 2012

Putus Cinta Dan Cara Penyelesaian Putus Cinta!

Cinta memang manis & indah bila diakhiri dengan ikatan yang sah. Bagaimana pula dengancinta yang putus di tengah jalan. Tentu perit untuk menghadapinya.. Apatah lagi putus cintayang bekerja di satu pejabat. Mungkin dengan panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yang dialami.
putus cinta
1. Berdamai dengan diri sendiri. Manjakan diri anda seperti mandi sauna, urut aromaterapi dan sebagainya. Jangan ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yang iinginkan. Usah pedulikan komen-komen daripada orang lain.
2. Hindari daripada membuat keputusan-keputusan besar kerana keadaan anda masih dalam kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.
3. Berbicara dengan orang-orang yang anda percayai. Daripada mereka, anda akan mendapatkan kata-kata bijak yang boleh menghiburkan hati.
4. Keluarlah dengan kawan-kawan lama yang dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.
5. Perbaiki penampilan diri dengan demikian akan akan lebih mempercayai diri.
6. Jangan melarikan diri dengan orang lain. Orang yang baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru untuk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana ‘pelarian’ tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.
7. Bermesralah dengan binatang kesayangan seperti kucing, arnab dan sebagainya. Sedikit sebanyak ianya akan dapat melupakan kepedihan.
8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih. Tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.
9. Jangan ragu untuk memberi ‘komplimen’ diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dengan bunga lain.
10. Makan tepat pada waktunya. Jangan menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dengan cepat tapi jangan pula hilang selera makan kerana anda akan jadi tidak bermaya. Makanlah dengan tepat dan sihat.
11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki ‘mood’.
12. Lakukan hobi yang anda sukai seperti membaca, menonton tv, berkebun dan sebagainya.
13. Jangan ‘trauma’ oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dalam hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.
Di Petik DaripadaMajalah Aneka Tips
doa putus cinta
Tambahan:-
Anggaplah putus cinta itu adalah satu ‘persinggahan’ dalam kehidupan. Berfikiran positif untuk menanganinya. Mungkin dia bukanlah yang terbaik untuk diri anda. Sesuatu yang terjadi ada kebaikan di sebaliknya.
Sebagai seorang Islam, kepada-NYA kita mengadu apa yang tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

Cara-Cara Mengatasi Bila Putus Cinta

PUTUS CINTA – Malam tadi saya terima satu SMS daripada seorang kawan. SMS beliau mengatakan yang dia telah putus cinta. Situasi ini jugak banyak berlaku di facebook. Status di update dalam keadaan marah, manja, kecewa, ketawa, gembira dan sedih. Ini semua disebabkan satu perkataan iaitu CINTA.
apa yang lelaki perlu tahu
Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala-ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan.
Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya. Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan.
Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Nah, 7 cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!
  1. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa.
  2. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih.
  3. Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat.
  4. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.
  5. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan-kawan.
  6. Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda.
  7. Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang.
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya.
Pada pandangan saya, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda. :)
“Walaupun anda sudah berkahwin untuk 40 tahun lamanya, tetapi luka putus cinta anda 41 tahun yang lepas pasti masih terasa. Jadikan diri anda tuan cinta bukannya hamba cinta..” 
SUMBER ASAL: Blog Azizan Kadir

Apa Beza Cinta Sebelum & Selepas Kahwin?

http://pakarcinta.com/blog/artikel-cinta/

Pakar CINTA, boleh saya tahu apa perbezaan cinta SEBELUM kahwin, SELEPAS bertunang dan SELEPAS kahwin? Kalau boleh, saya mohon penjelasan dengan lengkap dari Pakar Cinta!
Soalan ini datang daripada: Tanyalah Pakar Cinta!
cinta islam
Cinta SEBELUM KAHWIN
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup.
Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.
Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.
Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan.

    Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.




  1. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu.



  1. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.



  2. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

    Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.

    Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.

    Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.
Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
jodoh bertunang tunang


Cinta SELEPAS BERTUNANG
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin.
Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.
Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran.
Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk bersentuhan, berciuman dan sebagainya.
Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta SELEPAS KAHWIN
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an ayat-21 surah Ar-Rum,
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21)
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan.
Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
keluarga cinta bahagia
Pesanan Pakar Cinta: Semoga sedikit sebanyak coretan penjelasan di atas bermanfaat untuk anda semua! Jangan lupa untuk kita sama-sama SHARE kepada sahabat kita yang lain. Insyaallah, ada manfaatnya kelak.. :)
petikan asal: http://pakarcinta.com
Saya sering kali bergaduh dengan kekasih hati saya. Saya juga tidak tahu mengapa. Ada kalanya tiba-tiba si dia merajuk dan mengelakkan diri daripada saya. Saya sayangkan dia. Bagaimana saya ingin mengurangkan pergaduhan dan perselisihan kami? Apakah sebab si dia menyalahi saya?
Dalam hubungan mana yang tidak ada perselisihan faham?  Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri, tunang tunangan, antara kekasih.  Jadi, kali ini PakarCinta menyenaraikan beberapa sebab atau isu di pihak lelaki yang menjadi punca utama putusnya sesebuah hubungan cinta itu. Ini adalah perkara biasa dalam setiap lelaki biasa yang ada pada masa kini.

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, pada orang yang anda sayang.
Love means always saying you’re sorry. Nobody will ever be perfect enough to never make mistakes. This is why love cannot possibly be never having to say your sorry unless you only love yourself. If you really love somebody it should mean always saying your sorry yet knowing that you never have to.
petikan asal: http://pakarcinta.com

cinta Allah
Seseorang yang ‘putus cinta’ biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan Tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Ada satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-maksud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah. :)
PETIKAN ASAL : http://pakarcinta.com

Ketika Cinta Mula Di Kecewakan

Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita berada diatas dengan segala kesenangan. Allah Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.”
~ (Al-Baqarah 216)

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yang kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan. Setelah sekian lama kau memendam luka.
Setelah sekian lama kau rendam nestapa, rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu. Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu..

Sahabatku, ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya..

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu ketika hati kita sering berkata, “Aku sangat mencintainya..”

Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru..
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu?
Yang memberatkan punggungmu?

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu,
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.”

~ (QS.94:1-8)

“Kadang-kala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya..”


kandungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan